02 May 2014

Kebaikan kita untuk hari esok

Assalamualaikum Wbt. Segala puji bagi Allah tuhan empunya seluruh alam semesta, apa yang di langit dan bumi. Amma ba'd.

Menjawab salam, satu kebaikan juga. Kebaikan yang banyak boleh kita lakukan ketika ini, sambil menaip sambil berzikir. Tangan gerak, hati pun gerak sama....

Ada satu kuliah yang saya dengar, kebaikan yang kita buat sepanjang mata kita celik ni akan dapat menghapuskan dosa kita....1 dosa kita buat dibersihkan dengan 10 kebaikan yang kita buat. Bermakna galakkan untuk membuat kebaikan itu memang WAJIB.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِيمَا يَرْوِى عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ:
)) إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً(( .]متفق عليه[


Daripada Ibnu Abbas RA, daripada Rasulullah SAW mengikut apa yang di riwayat daripada Tuhannya Tabaraka wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah telah menulis segala perkara kebaikan dan keburukan, kemudian Dia menerangkan perkara tersebut. Barangsiapa yang bercita-cita (berazam) untuk melakukan kebaikan, (tetapi)  dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Sekiranya dia bercita-cita dan melakukan perkara kebaikan tersebut, Allah Azza wa Jalla akan menulis di sisinya 10 kebaikan hingga 700 kali ganda bahkan berganda-ganda lagi. Dan  sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan keburukan sedangkan, (tetapi) dia tidak membuatnya, Allah akan menulis di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan sekiranya dia bercita-cita untuk melakukan kejahatan serta melakukan perkara kejahatan tersebut, Allah akan menulis di sisinya satu keburukan sahaja.[Muttafaqun ‘alayh]
 
Mungkin hari ini kebaikan yang terakhir kita buat. Esok mungkin tiada. Apa sahaja bentuk kebaikan yang ada buat sahaja walaupun 'mahu mengalihkan semut dari takungan air'.
 
 

No comments:

Post a Comment