Assalamualaikum wbt. Segala pujian kita panjatkan padaNya yg masih memberi ruang dan peluang untuk kita memperbaiki hati yg berbolak balik ini.
Dikala waktu ini mungkin ada yg sedang tahajud, kerja.Malahan yg pasti ramai lena hingga terbuai dek mimpi. Dan mungkin ada sahaja seperti sy. Mengambil ruang 'Allah Bg Cuti-ABC' tidak dpt utk bertahajud seperti biasa.
Apa yg difikirkan ketika ini? Apa yg dirasai ketika ini? Yg dirasai sampai ke benak. Tak boleh lena. Oh hati, memang gelisah ketika ini, pelbagai rasa.
Hati sangat banyak pintu. Tersalah pilih pintu rosaklah kita. Jgn menjadi mangsa hati yg rakus dan penuh nafsu. Switch kiri dan kanan cepat benar berubah.
Tapi ketika ini sy kalah dgn hati. Mengapa, dan apa? Allah ampunkan hamba ini. Hati melahirkan perasaan. Sudah sedaya upaya untuk tahan perasaan ini, acapkali juga berdoa disimpangkan perasaan ini, acapkali juga mohon diberi petunjuk atas perasaan ini. Ya, Allah dah tunjukkan.
Sayang utk melepaskan perasaan itu. Kerana utk terbit sekali lagi amatlah sukar. Hati ini tidak dpt memiliki si nama bertuah itu kerana dia sudah memiliki @ dimiliki si hati namanya 'syurga'. Mungkin. Begitula selok belok hati, dulu kata ia sekarang kata tidak.
Kompleksnya hati. Rumitnya. Tetapi hati ini kekal dgn keimanan pd Allah. Hebatkan Allah menjadikan hati! Subhanallah.
No comments:
Post a Comment