19 March 2011

Tumbuhan semulajadi turunkan berat badan

Untuk membantu anda menurunkan berat badan, tetapi tetap memberi rasa kenyang kepada anda, pilihla makanan yang memerlukan banyak kalori yang lebih banyak dalam proses pengolahannya.

Antara makanan dalam kategori seperti ini adalah salad, ubi bit, beri, brokoli, bawang putih, lobak, bunga kubis, seleri, nanas, betik, limau, timun, bayam, grapefruit, lemon, asparagus, mangga, epal cili dan bawang merah.

Jadi, marilah kita berkempen makan tumbuhan semula jadi J

Kelebihan solat jemaah dari sudut kesihatan


Kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

Menurut Dr. Fatimah dari Jabatan Biomedikal Universiti Malaya menjelaskan:

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Awas penggemar teh tarik + nasi lemak!!!


Nasi lemak dan teh tarik kedua-duanya merupakan gabungan ideal ketika sarapan pagi. Dengan kandungan nasi lemak yang pelbagai seperti ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun serta teh tarik yang manis bersusu pasti membangkitkan selera penggemarnya. Lebih-lebih lagi ketika dimakan ketika panas dan amat menyelerakkan.

Namun, dalam diam ia memberi petanda bahawa anda akan mengalami diabetes. Mengapa?

Nasi putih yang ditanak bersama santan, akan wujud nasi lemak. Betul? Dan apa yang terjadi kepada nasi putih itu dalam badan kita? Nasi putih yang dimakan akan ditukar menjadi glukosa dan akan diserap terus dalam saluran darah kita. Seperti yang diketahui nasi lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Dan segala isi kandungan akan ditukarkan dalam bentuk gulokasa terus ke sistem imun kita.

Dan apabila peningkatan glukosa dalam badan kita meningkat ia akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluarkan melepaskan insulin iaitu sejenis hormon yang menyerap glukosa dalam badan.

Oleh itu, sekiranya insulin ini tidak dapat dikeluarkan ia akan menyebabkan glukosa tidak dapat diserap dan terus berada dalam sel darah kita. Oleh itu, diabetes akan muncul apabila insulin tidak dapat dikeluarkan.

Bahan-bahan dalam nasi lemak telah mengurangkan Indeks Glisemik beras putih. Oleh itu, glukosa yang dihasilkan akan sedikit dan kurang memberi isyarat kepada pankreas untu mengeluarkan insulin. Oleh itu glukosa yang ada akan terus berada dalam darah tanpa diserap oleh insulin. Disinilah diabetes akan muncul.

Rahsia solat dari sudut sains dan kesihatan


Setiap perkara yang tuhan tetapkan sebagai wajib mempunyai tujuan tertentu. Antaranya pelaksanaan solat. Pernahkah anda terfikir bahawa solat itu adalah satu jenis riadhah yang khusus dalam menjamin kesihatan kita?

Hasil kajian Jab. Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat sendiri yang mampu memberi kesan positif memberi pengaruh besar dalam menjamin kesihatan kita secara menyeluruh.

Ketika solat, otot-otot kita mengalami regangan. Kesan daripada regangan ini akan menguatkan otot-otot sedia dan sekali gus sistem tubuh. Antara aktiviti solat yang memberri kesan menyeluruh kepada otot dalam tubuh kita adalah ketika kita tunduk, bongkok(ruku’) dan sujud.

Selain dari itu, solat memberi kesan pada otak kita. Kimia yang berada dalam otak kita akan berubah dan menyebabkan otak kita aktif. Perkara ini akan berlaku ketika thoma’ninah (berdiri seketika selepas ruku’). Ketika itu isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Ketika dalam keadaan solat, kita memerlukan tumpuan sepenuhnya kepada bacaan-bacaan yang dibaca ketika solat. Hal ini dapat meningkatkan dan melatih otak kita untuk menfokuskan sesuatu perkara selain dapat menguatkan kuasa otak yang lain.

Antara kelebihan solat yang lain adalah menyeimbangkan komposisi elemen-elemen tubuh seperti tisu aktif, tisu tulang, kompenan air dan lemak. Solat membantu pengaliran cas-cas negatif dan positif dalam badan. Apabila anggota-anggota kita bersentuhan ia akan menyebabkan satu pengaliran cas yang berbeza dan akan mengaktifkan tisu-tisu positif yang mati dan akan mematikan sel-sel negatif yang ada dalam tubuh kita.

Solat juga dapat merawat penyakit buah pinggang dan jantung. Melalui pergerakan anggota yang kerap hal ini akan membantu organ-organ dalaman kita berfungsi dengan baik.

Banyak lagi kelebihan yang boleh kita ketahui dengan membaca buku Terapi Solat. Di sini dapat disimpulkan bahawa solat juga merupakan antara salah satu riadhah ringkas dalam kehidupan kita yang dilakukan secara tidak langsung.

Lelaki lebih berpenyakit?


Adakah anda menyokong entri kali ini? Sebagai lelaki adakah anda bersetuju. Mari baca entri saya sepenuhnya....

Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kaum lelaki sebenarnya lebih lemah daripada perempuan dari segi aspek kesihatan. Percaya atau tidak, terpulang pada anda untuk menilainya. Satu kajian yang saya peroleh mengatakan bahawa statistik menunjukkan faktor-faktor penting mengapa lelaki lebih berpenyakit berbanding perempuan.

Laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) 2004 menyenaraikan 10 pembunuh utama lelaki Amerika diterajui penyakit jantung (28.4 peratus), kanser (24.1), kemalangan (5.8), strok (5.2), penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD, 5.1), kencing manis (2.8), influenza dan pneumonia (2.4), bunuh diri (2.1), buah pinggang (1.6) dan penyakit hati kronik (1.5).

Kemungkinan situasi ini sedikit berbeza dengan keadaan di Malaysia. Namun penyakit jantung dan kanser masih menjadi pembunuh nombor 1 di negara ini selain tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Selain itu, sebahagian lelaki mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras dan ada juga yang terdorong melakukan seks bebas sama ada dengan perempuan mahupun kaum sejenis.

Selain itu, di negara ini angka kemalangan motosikal tidak pernah susut. Dan rata-rata penunggangnya adalah lelaki. Jadi ‘mat rempit’ adalah satu penyakit yang serius terdapat pada segelintir golongan lelaki ini. Kemalangan di tempat kerja juga menjadi salah satu faktor yang mendorong lelaki menemui ajal atau cacat seumur hidup. Hal ini kerana kebanyakkan dari mereka bekerja jenis pekerjaan berbahaya dan berisiko tinggi, terdedah kepada bahan kimia berbahaya serta pencemaran yang kesemuanya berkait rapat dengan lelaki.

Peluang mendapat strok antara lelaki dan perempuan adalah sama. Malah kajian menunjukkan lelaki mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh.

COPD adalah antara penyakit yang dimonopoli lelaki tetapi kini lebih ramai wanita turut berisiko menghidapnya. COPD juga berkait rapat dengan kanser paru-paru kerana kedua-duanya disebabkan tabiat merokok.

Kencing manis dan kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan sewajarnya. Pada 2002, dianggarkan lebih 34,000 lelaki Amerika mati akibat kencing manis dan kegagalan buah pinggang berfungsi meragut lebih 19,000 nyawa.

Komplikasi kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, strok dan penyakit jantung.

Dianggarkan satu pertiga pesakit tidak sedar menghidap kencing manis sehinggalah mengalami kesan penyakit seperti mati pucuk atau disfungsi erektil (ED), kerosakan saraf terutama pada kaki yang menyebabkan kaki selalu rasa kebas, pandangan menjadi kabur dan buah pinggang rosak