ASSALAMUALAIKUM WBT.
Kenali saya yang disifatkan baru berjinak untuk berblog.
Saya diberi nama Nurdiyana binti Karim.
Dilahirkan pada 14 Februari 1988 di Klang. Ya, saya anak jati Selangor. Ayah saya berketurunan melayu bugis manakala mak berketurunan melayu banjar.Tetapi kalau diikutkan atok nenek moyang terdahulu, keturunan ni dah mix. Arab-Cina-Jepun-India. Sebab itu dalam kalangan adik-adik ada yang muka cina. Kuat genetik cina ni. Kecuali Jawa, memang tiada darah jawa.
Saya anak sulung dari 8 beradik (5 lelaki 3 perempuan) Sekitar umur 13-26 tahun...hah kelasss...but mostly ingat saya anak bongsu...
Pendidikan awal di Tadika Kemas Seksyen 16 Shah Alam tahun 1994. Kemudian Tahun 1995-2000 Sekolah Rendah Seksyen 16 dan Sekolah Rendah Agama Seksyen 19 Shah Alam. Kemudian peringkat menengah ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Seksyen 11 Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun Tg. Karang. Dan seterusnya ke Universiti Sains Islam Malaysia. (2008-2012)
Saya masih bujang, umur 26 tahun...tapi serius memang rasa budak lagi. Seolah-olah tak faham dengan alam rumahtangga, padahal di pengajian dulu bab munakahat yang sy score...apa nak buat kan nak lulus punya pasal kenala belajar...hehhe. Tapi belum kahwin juga...
Sekarang saya berkhidmat di Masjid Negeri Shah Alam. Macam-macam nama masjid ni. Masjid Biru Selangor, Masjid Negeri Selangor dan nama Masjid ni Sebenarnya adalah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah @MSSAAS.
No comments:
Post a Comment