19 March 2011

Rahsia solat dari sudut sains dan kesihatan


Setiap perkara yang tuhan tetapkan sebagai wajib mempunyai tujuan tertentu. Antaranya pelaksanaan solat. Pernahkah anda terfikir bahawa solat itu adalah satu jenis riadhah yang khusus dalam menjamin kesihatan kita?

Hasil kajian Jab. Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat sendiri yang mampu memberi kesan positif memberi pengaruh besar dalam menjamin kesihatan kita secara menyeluruh.

Ketika solat, otot-otot kita mengalami regangan. Kesan daripada regangan ini akan menguatkan otot-otot sedia dan sekali gus sistem tubuh. Antara aktiviti solat yang memberri kesan menyeluruh kepada otot dalam tubuh kita adalah ketika kita tunduk, bongkok(ruku’) dan sujud.

Selain dari itu, solat memberi kesan pada otak kita. Kimia yang berada dalam otak kita akan berubah dan menyebabkan otak kita aktif. Perkara ini akan berlaku ketika thoma’ninah (berdiri seketika selepas ruku’). Ketika itu isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Ketika dalam keadaan solat, kita memerlukan tumpuan sepenuhnya kepada bacaan-bacaan yang dibaca ketika solat. Hal ini dapat meningkatkan dan melatih otak kita untuk menfokuskan sesuatu perkara selain dapat menguatkan kuasa otak yang lain.

Antara kelebihan solat yang lain adalah menyeimbangkan komposisi elemen-elemen tubuh seperti tisu aktif, tisu tulang, kompenan air dan lemak. Solat membantu pengaliran cas-cas negatif dan positif dalam badan. Apabila anggota-anggota kita bersentuhan ia akan menyebabkan satu pengaliran cas yang berbeza dan akan mengaktifkan tisu-tisu positif yang mati dan akan mematikan sel-sel negatif yang ada dalam tubuh kita.

Solat juga dapat merawat penyakit buah pinggang dan jantung. Melalui pergerakan anggota yang kerap hal ini akan membantu organ-organ dalaman kita berfungsi dengan baik.

Banyak lagi kelebihan yang boleh kita ketahui dengan membaca buku Terapi Solat. Di sini dapat disimpulkan bahawa solat juga merupakan antara salah satu riadhah ringkas dalam kehidupan kita yang dilakukan secara tidak langsung.

No comments:

Post a Comment