
Prof. Finkelstein dari Duke-National, Universiti Singapura, dalam hasil kajiannya mendapati kadar obesiti di Amerika Syarikat semakin meningkat walaupun pelabelan nutrisi makana dikuatkuasakan pada setiap produk makanan sama ada makanan ringan, makanan segera dan sebagainya.
Sebagai seorang pengguna,apakah peranan anda sebagai pembeli mempercayai kandungan nutrisi makanan yang tertera pada setiap produk makanan yang dibeli. Misalnya produk makanan sejuk-beku yang berasaskan daging mempunyai kandungan protein yang cukup tinggi namun dalam masa yang sama mempunyai kandungan kalori yang tinggi juga.
Di Malaysia, Peraturan-peraturan Makanan menentapkan bahawa setiap makanan yang berbungkus yang dihasilkan perlu mempunyai label nutrisi makanan yang lengkap. Hal ini bertujuan untuk membantu pengguna atau pembeli membuat pilihan yang tepat dalam memilih makanan yang baik untuk kesihatan tubuh badan mereka.
Terdapat juga individu yang hanya memilih makanan yang sihat tetapi tidak berusaha untuk mengurangkan kadar obesiti yang mereka alami (sekiranya ada). Lebihan nutrisi dalam badan juga boleh mengundang masalah bagi kita.
Oleh itu, sejauh mana kita sebagai pengguna memilih dalam masa yang sama berusaha untuk mengurangkan penyakit yang kita alami akibat daripada pengamalan makanan yang tidak teratur dan tidak sihat?
No comments:
Post a Comment