
Sesekali kalau kita berimaginasi bahawa tiada satu zarah asap pun merebak dan berterbangan di ruang angkasa alangkah indahnya hidup di dunia . Sama ada asap dari mulut kenderaan, premis-premis dan orang. Ya, dari mulut orang...Tiada orang yang akan mengalami batuk-batuk, kanser paru-paru dan sebagainya. Malah akan memanjangkan hayat hidup seseorang, dan bumi ini.
Alasan kerana sudah KETAGIH dan sudah SEBATI dengan darah daging adalah tidak relevan. Apakah perokok ini tidak sedar, atau tidak tahu atau sengaja tidak tahu akan kesan buruknya kepada diri, orang lain dan persekitaran serta ekonomi anda.
SEDARLAH WAHAI PEROKOK-PEROKOK, selagi malaikat maut belum memberi kata putus untuk menemui anda. CEGAHLAH!!!!.. Adakah anda mahu sebab kematian anda adalah kerana sikap tabiat rokok yang sukar dibendung? Dan sedarlah juga, bahawa setiap anggota dan organ-organ kita ini adalah pinjaman daripadaNya. Barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan yang baik juga.
Apakah anda merasakan segala perancangan dan langkah-langkah pencegahan yang dilakukan tidak relevan bagi anda. Oleh itu, apakah yang terbaik bagi anda untuk mencegahnya? Bagaimana masa depan masyarakat dan negara kita sekiranya 70% daripadanya adalah PEROKOK... Fikir-fikirkanlah
No comments:
Post a Comment