
Ikan kod memberi khasiat yang berguna khusus kepada mereka yang mengalami Artritis iaitu satu penyakit yang berkaitan sendi. Khasiat ikan kod yang mengandungi kandungan Omega 3 yang tinggi penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.
Kategori artritis ialah:
- Osteoartritis : Penyakit ini hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi, biasanya ia membabitkan orang tua, namun ada juga orang muda menderita penyakit sama. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan ‘penderaan’ seperti sendi kaki iaitu lutut dan buku lali.
- Artritis reumatoid: Penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan. Penyakit ini boleh menyerang individu dari pelbagai peringkat umur. Di Amerika, kanak-kanak turut mengalami penyakit ini. Bagi sesetengah orang, arthritis reumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup. Namun ada yang menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat kerana ia penyakit bersifat progresif dan jangka panjang, merebak dari satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.
No comments:
Post a Comment